Istimewa Hari Guru (Teachers Day)

Istimewa Hari Guru

Oleh: Nur Dian Nadhirah Binte Rudy Kurniawan (2N2)

Yok, kita baca wawancara dengan salah seorang pelajar kita, Khairulanwar Bin Zaimi, mengenai sambutan Hari Guru tahun ini.

Khairulanwar, yang lebih kenali dengan panggilan Khairul, seronok menyaksikan konsert tahun ini kerana beliau berasa bahawa ia sungguh menghiburkan dengan adanya persembahan oleh para pelajar yang menyanyi dan menari bersama guru-guru mereka yang sangat berbakat.

Nur Dian (berkaca mata) bersebelahan Khairul ketika lawatan di Kampong Glam
Nur Dian (berkaca mata) bersebelahan Khairul ketika lawatan di Kampong Glam

“Segmen kuiz juga melucukan penonton kerana kami perlu meneka gambar-gambar guru sewaktu mereka bayi. Agak payah juga untuk diteka dengan tepat kerana wajah mereka sudah berubah,”

Apabila ditanya apakah ciri guru yang disukainya, pelajar menengah 2N2 itu menjawab, “Saya suka guru yang boleh memahami para pelajarnya terutama sekali apabila pelajar dalam kesusahan atau mengalami masalah”.

“Apabila pelajar ada masalah dan kerap tidak dapat memberikan tumpuan sewaktu kelas, mereka tidak akan terus memarahi pelajar itu tetapi dia akan menanyakan dahulu apakah masalah yang dilalui pelajar tersebut,” jelas Khairul lagi.

Khairul juga mempunyai mesej istimewa buat guru-gurunya, “Saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana telah memberikan saya ilmu dan menunjukkan saya ke jalan yang betul dan baik.”

Semoga Hari Guru menjadi hari penghargaan kita kepada para guru yang telah banyak berjasa kepada anak didik mereka semua.