MT Fortnight 2023 Malay Language
MT Fortnight Malay Language 2023 |
---|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Di Pesta Budaya ini saya berkesempatan untuk mempelajari banyak perkara baharu berkaitan dengan budaya Melayu dan Cina. Setiap reruai mempunyai tarikan tersendiri yang unik contohnya reruai yang memaparkan beberapa jenis permainan tradisional seperti gasing dan capteh. Yang paling menarik sekali bagi saya ialah pengalaman ketika membuat bunga rampai di mana saya mempelajari cara sebenar untuk membuatnya. Mohammad Shahrufy Bin Mohammad Shah, 3C |
Ria 89.7FM Visit |
Aktiviti yang menjadi kemuncak acara tersebut ialah sewaktu semua pelajar di dewan membuat trend TikTok bersama DJ Radio Ria 89.7FM. Saya juga mempelajari tentang bahasa apabila kami perlu mengalihbahasakan berita dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Melalui aktiviti ini, saya dapat berlatih kemahiran mengalih bahasa dengan berkesan. Muhammad Ali Heydar Hanaffe, 2H |
Learning Journey to Lorong Buangkok 2023. |
Kini saya lebih peka tentang suasana kehidupan di kampung yang aman dan menenangkan kerana dikelilingi kehijauan dan ayam-ayam berkeliranan. Ia juga pertama kali saya melihat alat yang dipanggil ‘beduk’ yang dibunyikan di surau untuk memberitahu orang kampung akan masuknya waktu solat. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah membuat batik bersama rakan-rakan sekelas saya.” Nurul Aqisha Zaimi, 2G |